Tabung Haji :D

Monday, November 18, 2013

Bila hati kita tak tenang....

Korang pernah tak rasa hati tu tak tenang, gelisah semacam je. Padahal kita takde buat salah apa-apa pun dekat orang 'mungkin lah'. Korang buat apa ye kalau hati tak tenang?
Tak tahulah sejak-sejak ni hati aku rasa tak kena je, rasa semacam je, rasa berdebor-debor, rasa gelisah, rasa nak fitam, rasa jiwa ni meronta-ronta. Mungkin hubungan aku dengan Allah kurang. Aku cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Aku bukan manusia yang perfect, ada kalanya iman aku naik adakalanya iman aku turun. Nafsu lebih lebih nak buat jahat. Haaa tak dinafikan la kan. Macam2 benda jahat yang kita boleh buat.

Tapi ubat paling-paling mujarab nak tenangkan hati ialah "BERZIKIR" "SOLAT SUNAT" SOLAT 5 WAKTU TU MEMANG WAJIB la kan. Tapi hati masih gundah? Kenapa ya? Dan sejak-sejak ni aku selalu mimpi bukan-bukan. Seram weh seram! Pastu bila aku nak pergi mana-mana haaa mula lah fikiran dah melayang2 fikir bukan-bukan. Takutlah tetiba jadi apa2. Aku takut weh! Takut! Aku takut mati!
Aku tanak semua ni, tapi kita sebagai manusia kena terima hakikat dan takdir. Dan sejak2 ni jugak aku seseorang yang beremosi yang tak tentu arah. Kadang aku suka bersendirian, fikir fikir dan fikir. Kadang aku suka marah meroyan macam orang gila, orang gila pun tak macam aku, kadang aku baik gila! bukan nak puji diri sendiri tapi itulah hakikatnya yang terjadi dekat aku sejak2 ni. Sebelum apa2 terjadi, aku nak minta maaf kat korang, kalau thos member2 yang kenal aku yang tengah baca blog ni aku dah lama maafkan korang, dan aku minta sangat2 tolong maafkan aku. Aku tahu selama perkenalan kita Allah nak tunjukkan sesuatu.

Entaahlaa mengarut lah pulak kan entry kali ni, tapi rasanya tak mengarut kot. Selagi sempat, selagi mampu. Aku cuma nak bagitahu korang, jagalah pergaulan kita antara lelaki & perempuan, jagalah aurat, jaga hubungan kita dengan manusia, jaga hubungan kita dengan Allah,  jaga hubungan kita dengan keluarga terutamanya dengan parents. Pastu janganlah sesekali kau cuba nak berjoli2 sedunia. Jangan buat maksiat weh jangan! Jangan tengk benda2 Lucah! Jangan! Jangan! Jangan! Ingatlah pesan aku. Walaupun aku bukan sesiapa2 bagi kau, tapi aku as a muslim must give your advise. Cewahh berspeaking pulak kan. Hohohoho sorrylah entry kali kalau bosan. Apa yang terdetik dan perlu aku bagitahu aku bagitahu. KBYEEEEEEE



SABAR YE MAK BEDAH



ZIKIR YANG SELALU AKU DENGAR

Saturday, November 2, 2013

FINAL EXAM DAH NAK DEKAT!!

Maaf dah lama tinggalkan blog. Hmmmmmmmmm Saya sedang bekerja keras untuk Final Exam. Lepas exam insyaAllah ahkak update banyak2 cewahhhh macam retiss pulak. Before exam kita kasi mohon restu bermaaf-maafan dulu. Ok ahkak tinggalkan korang dengan gambar k. "Doakan saya dan semua calon2 STPM dapat jawab dengan tenang, diberikan idea2 yang baik dan mendapat keputusan yang cemerlang" Amin!

memasing mata merah :'( Rindu semua!

classmate. Awesome. Best!


study group. Alhamdulillah.

adik last ahkak. Ok bye






pesanan : DOAKAN KAMI TAU! SANGAT2 MEMERLUKAN DOA KALIAN :)

Saturday, October 19, 2013

Tips nak diet?? a.k.a Kurus??


Terasa benci apabila kawan-kawan anda mula mengejek dan memerli kerana bentuk badan anda. Adoiii, malunya rasa.. nak menyorok di belakang pintu tak muat pula. Apa boleh buat, terima sajalah hakikat yang anda itu GEMUK. Semua orang menginginkan badan yang cantik, sihat & langsing kan? Terutamanya "PEREMPUAN" betul tak? Sama lah macam aku, konon dulu berangan nak kurus, nak kurus siap beli macam2 nak diet. Haaaa kau sampai sekarang ahkak tak kurus-kurus, macam mana ni? Ahkak nak kahwin cepattttttttttttttt! Cecitttt! belum habis belajar dah fikir nak kahwin? Eh no no no! persediaan awal, haruslah nak badan yang cantik kan? Kang aku punya gaun kahwin tak muat pastu nampak noh lemak lemak kat badan? Haaa macam mana? Nak nangis Hoi T.T sekarang ni pun rasa macam air mata dah nak menitis. Oh dunia!  

Baiklah, mari kita amalkan diet yang baik :D Ni cara aku, disebabkan aku baru nak mula berdiet ni, aku dok buat eksperimen sendiri. Muhahahaha ikut hang lah nak ikut ke tak. InsyaAllah berhasil :) Dengan IzinNYA


Breakfast 
Aku cuma makan 1/2 mangguk Nestle Fitnesse & Fruit dengan susu low fat *ikut hang lah nak bantai susu apa, tapi low fat!


pastu boleh je kalau nak makan buah or sayur breakfast uh! Jangan kau skip breakfast sudah! Tak patut tak patut! Breakfast tersangatlah penting untuk kita. Sebenarnya, aku dah lama dah makan fitnesse ni dari form 5 memang turun berat badan aku. 4 kg kot turun! Entah syaitonnn mana dok pujuk hasut aku makan burger MCD time tu terus dan terus aku malas nak diet. Hambak hang lah, jangan sesakli kau ikut perangai aku. Niat biar betul ye anak-anak :)

aku beli susu yang dalam kotak, senang takdok orang nak rembat! Kang kalau aku letak dekat ice box
tak sampai esok habis. Macam mana nak diet T.T tsk tsk tsk Hahaha




LUNCH 

Lunch aku tak takde lah nak makan fitnesse ni jugak kan, aku ambik sikit nasi berlaukan ikan bakar or ayam bakar. Takyah dah kau nak makan makanan yang berminyak goreng goreng bagai. Displinkan diri kau tu sikit *cakap dekat diri sendiri* Kau nak diet tapi makan berminyak? Sampai ke tua hoiii kau macam ni je.

Ok je kalau nak makan macam ni, ikut kau lah. nak letak apa. Tapi yang penting ada sayur & Jangan makan makanan yang berminyakkkk k? JANGAN SAYANG


DINNER
Dinner aku makan 1/2 mangguk fitnesse ngan susu low fat. Jangan sesakli skip Dinner ngan Breakfast tau sayang. Apa yang penting sebenarnya kau kena displin sekaligus tahan sikit nafsu makan tu. Lantak kawan kau lah nak makan apa depan kau. Kau buat duno je. Biarkannnn kau nak kuruskan? Haaaa niat kena baik :) 



Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke gym Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak. Kalau nak berat badan turun cepat 'workout' lah k :D


Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.



Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Kau akan Kecewa! Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.


Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Shopping semua baju size "S" Wahhhhh terus nak S Takpe untuk diri sendiri Jah!


aku nak berat badan aku time ni!!!!!!!! *aku yang belan kanan sekali* walaupun taklahhh kurus mana, tapi aku suka bentuk badan macam ni dalam 63 kg. Perghhhhh Berat lah jugak kan. Tapi sekarang lagi lah melampau berat dia double!

now berat aku. dah........ cececetett!! biarlah rahsia... beza kan? besar sikit. wahhhh nak nangis! Byeee




Kuatkan semangat, selamat mencuba dan semoga berjaya! ;D
Pesan pada diri sendiri *aku nak bentuk badan macam dia blaa blaaa blaaa*

Wednesday, October 2, 2013

JOM DERMA DARAH :D

Ni cerita Isnin lepas, tapi baru nak cerita sekarang? Hehehe, I so busy. Banyak assignment nak kena settle, ni pun ada lagi sebenarnya tapi aku hilangkan stress dengan membebel kat blog, boleh? kau sanggup? Hahahahaha fedulik apa aku. Korang kena baca gak ahkak bebel. Ok? Buat muka comel buat muka comel ^^
Korang pernah derma darah tak? Kalau tak pernah sila2 lah menderma dengan seikhlas hati, Cewahh! "TAPI! KALAU KORANG NAK MENDERMA PASTIKAN BERAT KORANG LEBIH DARI 47 KG AND ALSO TAKDE SEBARANG PENYAKIT!" Fullstop!

Masa ni aku derma darah dekat sekolah, pusat darah negara tu datang kat sekolah, so aku takkan sia-siakan peluang ni. Sebab aku sukakan cabaran. Ehh? Derma darah je punnggg kan? 

Ok First2 dia bagi lah taklimat bla bla bla *masa ni aku takde kat dalam dewan* malas nak dengar. Hahaha
Pastu daftar nama bla bla, then nanti nurse tu bagi borang suruh kita isi maklumat2. Dalam borang uh dia tanya kua ado penyakit ni? penyakit tu? Alhamdulillah semua2 penyakit tu aku takde so boleh lah menderma. Pastikan dalam 1 minggu sebelum kau tak g cek gigi or cabut gigi, tak bekam and banyak lah soalan dia aku lupa ah banyak sangat :D DAN yang pasti dia akan tanya kau pernah main? Peh ayat ahkak, eh takdelah dia tanya macam tu kan, malu lah orang. Soalan dia macam ni, "pernahkan anda melakukan perhubungan bla bla" "pernahkan anda mengambil dadah" Haaaaaaa lebih kurang macam tu lah soalan dia. 

PENDERMA DARAH ni kena umur 17 tahun ke atas, so aku green light lah kalau nak derma :D. Hehehehe. Lepastuuuuuuuuuuuuu dah habis isi borang apa semua, dia check lah kita ni darah apa, darah O ke darah AB ke darah A. Nak tahu tak ahkak darah apa? Jengjengggggggggggggg



Ahkak darah O Darah ahkak tak kedekut oulss boleh masuk mana2 jenis darah Hekhok
dia ambik sikit darah kat tangan, terkezuttt ahkak time dia ketep jari, rasa macam kena gigit semut :p

After that, pergi kat kaunter 2 dia check nadi kita kot, aku tak berapa nak perasan time uh sebab dah start gemuruh wehhh nurse uh tahu2 je aku gemuruh siap boleh tanya lagi "takut eh" dengan rela mengangukkan kepala *skemanya ayat ahkak* pastu g kaunter 3 berapa banyak kaunter la..... Kat situ dia just nak tahu alamat rumah yg betul. Haaaaaaaaaaaaaaaaa tiba lah masanyaaaaaaaaaaaaaaaaaa! 

Sebelum tu!!!! Hahahaha nak cerita sikit, time orang pertama derma pehhh jantung aku bagai nak jatuh ke bumi weh. Tengok dia punyaa jarum mak ai! Berderau darah aku. Hahahahah Fikir lagi, fikir. Turn kawan perempuan aku kena baru aku rasa macam "Ok rasanya macam tak sakit" Ayat kasi positif sikit, nak pujuk diri sendiri. Aku banyak2 istighfar pasang niat yang betul, macam2 lah aku nak yakinkan diri. Di samping tu, kawan2 banyak bagi semangat. Pehhhh terus "Ok aku boleh lakukan untuk mereka" "Niat untuk membantu" Biarkan segala rasa kesakitan, takpe jangan biarkan mereka yang memerlukan menderita. Terus sazzzassss nurse saya dah sedia, dengan malu malu kucing, mana taknya semua nurse LELAKI wehhh... Handsome pulak tu kan. Hahahahahaha Tiba lah masanya jarum menghinggap di tanganku.



Jarum kecik ni boleh tahan sakit dia sebab dia nak kasi ubat tahan sakit kan.... Aku tak pandang pun weh time ni. Hahahaha kecut perut mak! Pastu tibalahhhh waktunya jarum BESAR pulak... Alaaaaaaa time ni kawan aku tak tangkap, agaknya dia pun takut tengok jarum se besar tu. Aku kasi gambar goggle lah k.

Haaaaaa besar ni, tapi jarum ni tak sakit time nurse uh masukkan... rasa biasa je dari jarum kecik tadi. Aku memang tak pandang lahh wehh. Hahahah Buat muka cool... Pastu datang lah member2 yang bagi kata2 semangat. Konon sweet lah tu? Hahahahaha Sayang korang

Haaaa kau tengok, mana nak takut semua bagi semangat. Yang tak boleh blah, bebudak ni kata nak terberanak. Otak kau! Hahahaha. Aku steady je time ni Alhamdulillah darah mengalir cepat padat dan pantas. takdelah aku nak menunggu macam sorang kawan aku ni. Mybe darah dia liat kot. Hahaha
Ni orang pertama yang menderma time tu. Hehehehehhe dia relax je laki lah katakan kena lah tunjuk hebat. Puiihhhhhhhhhh

perempuan yang pertama menderma. Terus aku semangat!



Alhamdulillah sudah menderma, ANDA BILA LAGI?
SEBELUM MENDERMA PASTIKAN ANDA SUDAH BREAKFAST


P/S : MAAF KOTAK "COMMENT TIDAK BOLEH DIBUKA"
Kalau korang tahu macam mana nak enable balik, bagi tahu aku. pening aku dok kodek2 nak suruh ada balik kotak 'comment tu' HELP ME :'(

Monday, September 16, 2013

Tips hilangkan stress part 1

Ok, macam mana ek aku nak start cerita.. Hmmm, tadi bukan over noh laju2 bukak laptop nak update blog. Sekarang dah lupa nak type apa. Omogosss, makan semut lebih sangat kot. Hahaha, sat noh aku ingatkan balik.Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm........................


Haaa, kasi tengok gambar dulu. Cuba teka yang mana aku? Kasi 3 saat je k. kalau dapat teka aku kasi topup rm10 coklat Cadbury yang besar punya red bull 2 tin. Haaaaa masa tamat! Siapa soh p baca hadiah2nya dulu? Tak dapet lah nak bagi :p Takpe2 nanti kalau aku ada rezeki lebih aku kasi sorang satu ice-cream Mcd kay? Hekhekhok "aku yang baju hitam tu" Ok, aku dah ingat nak cerita apa.


Korang kalau stress, korang buat apa? Makan ke? Melalak? Dengar music kuat2? Shopping? Or what? Hihihi, kalau aku kat tempat makanan lah aku hilangkan stress. woihh! memang seronok gila kalau dapat makanan, stress aku hilang terus. Lagi2 kalau dapat makan coklat wehhhh... So, harini aku stress gila! Memang hari gemuk sedunia lah harini, ceh padahal memang lemak dah bertenggek kat perut pungg, memang gemuk lah cita dia kan.

Hambek kau! Berlambak aku beli ada lah dalam RM 20 hengget terbang ~ ni baru sikit woi, ada lagi dalam plastik tu malu la aku nak tunjuk kang penuh satu meja. Hahaha Buku kasi ke tepi, kesian!

Mesti bila kau tengok gambar coklat ni terliur kan kan kan? Peh, memang pabrot pompuan kan :D
Murah2 je yang aku mampu beli, Kat Giant murah sikit ~ Keropok satu sengget air tin tu pun satu sengget. Haaa mana tak rambang mata kan? Ragut jelaa semua yang murah2. Hahahahaha

Nak selit sikit, haaaa buku ni memang bagus untuk orang yang low english macam aku. Hihihi, serius weh. Aku tak main2 bila aku baca seronok dan secara tak langsung aku boleh faham jalan cerita and buku ni bukan macam majalah or komik Ok, buku ni pasal isu2 kat luar negara. Tak mahal mana pun, RM 15 je K. Murah dan sangat2 best banyak pengetahuan yang aku dapat. Full Stop!




Hai saya makin tembam dan gemok selepas makan kesemua makanan yang saya beli tadi. Peh ayat skema tunggang langgang pulak tu. oK kalau stress sila makan banyak2 boleh gemuk macam saya. Suka sebenarnya :'( Gemuk gila! Ok bye sayang awak yang tengah baca blog ni :*

Tajuk bukan main gahh lagi "tips hilangkan stress" Aku rasa kau makin stress agaknya nanti bila dapat tahu perut kau makin membesar selepas mengunyah coklat or what ever you eat! Hahaha Selamat Mencuba

Publish!

Tuesday, September 3, 2013

Recipe Breakfast paling "Malas" cepat tuntas dan sedap!

"Harini aku rajin" Ceh statment kau! Kalah cik ton! Haha. Aku cuma nak kongsi recipe paling malas tapi sedap. Haaa kau hado? Meh tengok sini, nak kasi recipe

Bagi peminat tomato, boleh lah potong berapa banyak kau nak makan tak kisah, aku cincang2 sebab senang nak telan. Takdelah rasa kemasaman tomato tu nanti. Memang mablousss you all breakfast ni. Hahahaha


2. Pastu kau boleh lah letak salad, broccoli ke carrot ke apa2 lah yang kau suka. Dah kata recipe pemalas kan? Hahahahaha takyah nak ikut step sangat lah weh. Aku ikut suka hati mak bapak aku je nak letak apa kalau buat breakfast ni :D

3. Breakfast pagi ni, aku bakar je sosej yang memang tersedia dalam ice box, takyah nak susah2 dah. bakar tau! bukan goreng letak minyak. Gemuk kau kang jah. Hahaha Ni pun ikut kau lah nak bakar apa, fish ball ke burger ke. Ikut kau lah.


Tadaaaaaaaa! Simple je kan? ni lah recipe malas mak temah :D Memang sedap weh. Opsss, jangan lupa letak cik mayonis ngan cik Thousand Island. Peh layan breakfast harini :D







Tadaaaaaaaa ni boleh 2-4 orang makan kalau kau sendiri bukan pengemar sayur :D
Okayyyylah aku ada class, ni pun curi2 online nak update punya pasal kan.. Untuk korang jugak! Kah3 macamlah ada pembaca setia blog ni. Hahahaha, takpe2 yang penting hajat aku nak update kongsi recipe malas ni tok korang :) Bye!

Publish!

Sunday, September 1, 2013

Pokok peliharaan. Grass Head

Aku banyak kali pergi kedai tu, nak beli grass head. Bila dah ambik, sampai je dekat kaunter pembayaran aku dah mula fikir nak ambik ke tak, nak ke tak. Last2 tak hambik kau! Letak balik! Sebab masa tu tak fikir pun benda ni best kan. Main sedap tangan je capai. Bila dah sampai rumah menyesal tak sudah, kata "Woi rugi betullah aku tak ambik natang tu" mula lah celaru. Hahaha, menipu noo celaru. Selang berminggu-minggu, aku decide nak beli jugak! tak kira, natang ni asik miss je nak beli lepas tu sejak2 ni aku asik termimpi2 kan natang grass head ni. Menci tau! sampai nak masuk dalam mimpi aku bagai! Hahahaha. Serius weh, dia punya menyesal tak beli tu sampai terbawa-bawa ke mimpi. Tak boleh jadi! memang aku kena beli jugak. 

Harini jugak aku beli. Hahaha Comelkan dia? Nama saya Baby Chak. Full name "Cicak kobeng bawa ke mimpi" peh nama nak glamour Baby Chak lagi tu. Hahaha. Sayang dia! Hai, sekarang kau dah jadi milik kekal abadi aku :) Actly ni rumput tau, bukan natang. Aku suka panggil natang sebab dia ada mata :D


Sebelum tu, kita kasi dia mandi rendam bagi basah2 sikit. Bagi sejuk wangi2 dulu. Hahak kelasss kau jah berenang dalam bekas. kasi kepala dia betul2 berat sampai nak patah tangan kau angkat letak kat bkas cantik sikit. *tipu ah tu nak patah* tapi memang berat pun kepala dia ni, sebab air dah serap kan ~ Dalam setengah jap baru boleh angkat.


Aku nak letak baby chak kat situ, nampak kemachoan dia nanti! Haha Opsss sorry berselerak woi. Sat lagi kita kemas ye. Nak bagi mandi manda dulu


Haaaa kau, aku siap beli lagi clips Baby. Bajet macam ada baby lah kan.. Sayang baby Chak
Omeyy ce alolololo, jangan lah buat muka sedih.

Baby chak before letak air. Sedih je muka sebab tak dapat air
Tapi still comel. Hahahaha

Esok2 aku cerita pulak perkembangan baby chak k? Korang kenalah visit blog aku ;D Thanks!
Publish!



Thursday, August 15, 2013

seri abadi tanpa blackhead n whitehead/Cara menggunakan mask shiseido


Harini takde benda nak mengupdate just nak share produk ni tapi sangat bagus dan memang berpuas hati! Mask ni memang sesuai sangatlah untuk muka yang memang banyak dengan bintik-bintik hitam or putih. Peh, kalau pakai mask ni memang seronok senyum sampai ke mata. Tarak percaya? Try beli dan apply sendiri kat muka. Memang sampai bila-bila tak menyesal. 


Meh aku kasi cara2 nak guna mask ni

 1. Shiseido mask ni dalam paket kecil, nipis tapi  cukup ahh nak cover 1 muka. tak kira muka kau tu besar ke  kecik. muka tembam chubby gemok  ke apa. semua boleh, jangan risau k :) 

2. Mask ni dalam bentuk cecair tapi pekat, takdelah cair mana pun senang je lah kalau kau nak apply kat muka, pakai jari lebih mudah ye nokk ^__^  *tengok gambar di atas

3. Tunggu kering dalam 10 - 15 minit. Tapi aku lebih suka tunggu kering sampai 30 minit, siap boleh tido lagi. Hahaha 

Kematu je muka aku, betul-betul setengah jam aku tunggu, tak boleh nak bercakap langsung.

5. Apa tunggu lagi? Kopek lah dan tengok hasilnya berjaya atau tidak?


Muka poyo gila, mana taknya aku ni jenis berhati2 takut bila kopek tak ikut muka. Hahaha

puas hati aku! blackhead keluar jua akhirnya! Yeahy ~ Percaya tak dengan produk Kak ton? Hahaha

Alaaaa, mask ni taklah mahal mana pun 1/pcs : RM1.50! ulang RM1.50!
Kalau lelaki nak pakai pun boleh, kau takyah nak malu-malu ahh, sebab lelaki lagi banyak blackhead tau! 





aku cadangkan pakai lah yang warna hitam punya, sebab kau boleh nampak berapa banyak blackhead n whitehead kat muka kau. Haha

Fungsi dia sama je cuma warna lain2 , ikut cita rasa lah nak beli warna apa. Tapi aku still nak kau beli warna hitam tu k? jangan degil nak. Hahaha ;)

            aku ada banyak stok, siapa tanak beli memang orang yang paling rugi tau! Hahahaha! 
       confirm bila kau baca entry ni kau akan mimpi dan esoknya mesti kau nak beli. Cayalahhh! 


Tuesday, August 13, 2013

Raya punya Cerita!

Assalamualaikum semua :D 



Harini dah 6 Syawal, cepatnya masa berlalu kan? Tuptap tuptap dah raya ke-6 lepas tu masuk bulan 9 lepas tu dah akhir tahun! YaAllah masa berlalu sepantas kilat! Sedarkah kita?? 
Hmmmm.. Amacam raya tahun ni? Meriah tak? Dapat duit raya berapa? Baju korang warna apa?
Beraya dekat mana? Hahaha! Haaa Jawab jawab lah :p! Raya tahun ni tak bape syoookkk sangat sebab persiapan semua ala-ala kadar. Semua stok lama. Baju Raya pun tak beli nok! Guna saje yang lama, tak nak membazir lah katanya! Ceh, padahal dalam hati ni sedih je.. "Semua orang pakai baju raya baru, aku?" Alahhh! Tak kisah sangat lah ~ Yang lama punya okayy lagi. Kisah pulak kita orang pandang, asyik baju sama je kau pakai.. Janji haku ada baju raya. Kan?? Hahaha. Okay lah Temah malas nak cerita panjang, macam biasa kita kasi cuci mata dulu...

ni masa raya ke-4 tak silap. Raya kat Masjid! Ceh, padahal sepupu nikah. Simple gila

Raya Pertama bersama keluarga tercinta! Love love! Muka semua annoying gila
Actly my sibling ada 6 orang but my sister berghaye dekat rumah mak mentua dia. Ahhh! Tak sedih pun -.-' 

my fav auntie, ceh boleh pulak fav fav kan? Sebab dia pernah jaga aku masa kecik dulu
Tu yang sampai lah ni melekat je dengan dia. Ceh! Propa
time ni raya pertama :)

Suka sangatsangat gambar ni! Sayang :*

Me with K.Ziera, jangan tersilap eh yang baju purple tu my sister k. Masih tak percaya?
Jum Jumpa! Haha I'm Serius k


Mak Jemah raya setakat ni je dulu cerita mak Jemah, nanti Mak Jemah sambung lagi k? Kalau korang berminat nak tahu lagi, selalu lah terjah mak Jemah punya Blog! Cewahhhh! Nanti Mak Jemah bagi duit raya k? Acctly mak Jemah patut mintak korang, sebab Mak Jemah baru 19 tahun.
Raya ni datang lahhhhh rumah! Dekat je! Hehehehehee Rumah selalu terbuka :)